Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for energy industry professionals · Wednesday, June 18, 2025 · 823,396,169 Articles · 3+ Million Readers

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

/EIN News/ -- IRVINE, California, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia global penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), hari ini mengumumkan pemeteraian rasmi perjanjian usaha sama dengan BinHendi Holding yang terkenal dan SFE Group pada 30 Mei 2025. Langkah ini merupakan tindak balas terhadap pertumbuhan pesat pasaran kenderaan elektrik (EV) serta keperluan mendesak untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur e-mobiliti di seluruh Timur Tengah. Kerjasama ini, dengan sokongan Kementerian Pelaburan UAE (“Kementerian Pelaburan”), menandakan penubuhan salah satu syarikat pertama yang mengeluarkan peralatan pengecasan EV di Timur Tengah.

Kementerian Pelaburan memainkan peranan penting dalam memudahkan pelaburan baharu ini, sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menarik pelaburan yang membentuk masa depan ke UAE. Pada masa yang sama, ia turut menyokong dan mempromosikan pertumbuhan perniagaan keluarga dalam pasaran UAE serta memperkukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau bagi pembuatan maju dan teknologi lestari—dua sektor keutamaan di bawah Strategi Pelaburan Nasional UAE.

Perjanjian itu ditandatangani di ibu pejabat Kementerian Pelaburan oleh Mike Calise, Ketua Pegawai Eksekutif Tellus Power dan Marius Ciavola, Ketua Pegawai Eksekutif Sing Family Enterprise Middle East. Acara ini turut disaksikan oleh Hessa Al Ghurair, Pemangku Penolong Setiausaha Kementerian Pelaburan, Hamdan Zakaria Doleh, Pengerusi Pusat Inovasi China di UAE, Yansong Li, Pengasas Bersama Tellus Power Group, dan Mohammad BinHendi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BinHendi Holding.

Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan rangkaian global Tellus Power dalam teknologi dan pembuatan stesen pengecasan EV, digabungkan dengan sumber dan keadaan pasaran yang kondusif daripada BinHendi Holding dan SFE Group di Timur Tengah. Syarikat-syarikat ini akan bersama-sama membangunkan infrastruktur pengecasan pintar yang berorientasikan masa depan serta menyokong peralihan tenaga lestari di rantau ini.

Usaha sama ini dijangka akan melabur dalam pembinaan fasiliti pengeluaran peralatan pengecasan DC dan AC, termasuk stesen pengecasan DC berkuasa tinggi dengan fungsi V2G (vehicle-to-grid). Produk-produk ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan di UAE tetapi juga diperluaskan ke seluruh negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (“GCC”) dan rantau Timur Tengah. Sebagai salah satu pengeluar infrastruktur pengecasan EV pertama yang berasal dari Timur Tengah, usahasama ini berkomitmen untuk menyediakan pengguna tempatan dengan penyelesaian pengecasan EV yang cekap, pintar, boleh dipercayai dan berpusatkan pengguna.

Mike Calise, Ketua Pegawai Eksekutif Tellus Power, menyatakan: “Kami benar-benar berbesar hati untuk membentuk pakatan strategik ini. Ini merupakan langkah penting yang memperluaskan jangkauan global kami dengan ketara. Memandangkan pertumbuhan luar biasa UAE dalam teknologi hijau dan mobiliti pintar, usaha sama ini, berkat sokongan penting daripada semua pasukan luar biasa yang terlibat, memastikan kami berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh GCC.”

H.E. Mohammad Abdulrahman Alhawi, Timbalan Setiausaha di Kementerian Pelaburan, berkata: “Perjanjian ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pelaburan sebagai rakan strategik bagi pelabur antarabangsa, pelabur tempatan dan pejabat keluarga. Ia selaras secara langsung dengan misi kami untuk memperkukuhkan kedudukan UAE dalam menarik pelaburan berorientasikan masa depan yang sejajar dengan keutamaan nasional kami. Dengan menyokong kerjasama seperti ini, Kementerian Pelaburan terus mendorong pelaburan bernilai tinggi ke dalam sektor pertumbuhan pesat, memacu inovasi serta kemakmuran ekonomi yang lestari.”

Hamdan Zakaria Doleh, Pengerusi Pusat Inovasi China di UAE, berkata: “Timur Tengah berada di persimpangan kritikal dalam peralihan mobiliti hijau. Saya percaya kerjasama ini dengan MBH akan membolehkan Tellus Power Group memperkukuhkan kedudukannya di Timur Tengah serta menyokong pertumbuhan pesat ekosistem EV melalui inovasi teknologi dan operasi yang disesuaikan secara tempatan. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan strategik Tellus Power Group di Timur Tengah.”

Mohammad BinHendi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BinHendi Holding, menambah: “Bagi kami, ini adalah tentang membina keupayaan nasional – ‘Buatan UAE’ bukan sekadar label, tetapi satu hala tuju. Kami sedang giat memposisikan UAE sebagai hab pembuatan serantau bagi infrastruktur EV generasi baharu. Visi kami bukan sekadar mobiliti, di samping itu kami juga terus memacu pembuatan industri merentasi pelbagai ektor berimpak tinggi. Sebagai kumpulan yang komited terhadap ‘Menambah Nilai’, BinHendi Holding mempraktikan penambahan nilai kepada setiap aspek yang kami sentuh. Caranya? Kami mengekalkan konsistensi dalam apa yang kami lakukan – tanpa perlu mengamalkan proses yang rumit.”

Usaha sama ini merancang untuk menyelesaikan pembinaan kilang dalam tahun ini dan melancarkan produk ‘Buatan UAE’ pertamanya menjelang akhir tahun 2025.

Perihal Tellus Power

Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”) merupakan pengeluar global pengecas kenderaan elektrik. Syarikat ini menyediakan infrastruktur pengecasan yang dipacu pulangan pelaburan (ROI), direka bentuk untuk keuntungan jangka panjang dan kecekapan operasi. Dengan memanfaatkan kepakaran global, Tellus Power menawarkan infrastruktur pengecasan EV yang canggih dan boleh dipercayai bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik secara meluas.

Keterangan lanjut boleh didapati di https://telluspowernorthamerica.com.

Hubungan Syarikat
Caitlin McCann
cmccann@telluspowergroup.com

Hubungan Media
Jessica Starman, MBA
hello@telluspowergroup.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7e12b3c9-5896-41cb-9839-80c0ad390709

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2c0aff52-1111-4304-9744-6fb338a36571


Powered by EIN News

Distribution channels: Companies, Energy Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release