Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for energy industry professionals · Tuesday, April 15, 2025 · 803,581,909 Articles · 3+ Million Readers

CGTN: Peralihan skrin perak China: Sebab dasar tarif AS harus dipersalahkan

CGTN menerbitkan sebuah artikel mengenai cara kerjasama baharu filem China dengan Sepanyol berbeza dengan pengurangan import filem dari AS. Artikel itu mendedahkan kesan negatif akibat perang dasar tarif Amerika yang menjejaskan pasaran asing paling menguntungkan bagi Hollywood dan melemahkan dominasi perdagangan perkhidmatan yang lebih luas di negara tersebut.

/EIN News/ -- BEIJING, April 14, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Semasa lawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez ke China pada Jumaat, kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi kerjasama filem, yang mendorong momentum baharu dalam pertukaran budaya dua hala.

China dan Sepanyol akan mempereratkan kerjasama dalam industri perfileman, termasuk penyertaan bersama dalam festival, tayangan filem bertimbal balik, penerbitan bersama dan pertukaran kakitangan, menurut MOU yang ditandatangani antara Pentadbiran Filem Kebangsaan China dan Institut Sinematografi dan Seni Audiovisual Sepanyol.

Kerjasama filem antara China dan Sepanyol yang dipertingkatkan sangat berbeza dengan pengumuman Beijing mengenai rancangan untuk mengurangkan jumlah filem AS yang diimport secara sederhana.

Jurucakap Pentadbiran Filem China berkata pada Khamis bahawa pelarasan itu mengikut prinsip pasaran dan mencerminkan pilihan penonton yang disebabkan oleh kenaikan tarif Amerika Syarikat yang terbaharu ke atas import China yang pasti akan memberikan kesan kepada minat penonton China terhadap filem AS.

Selepas China memberikan isyarat untuk mengurangkan import filem Hollywood, saham beberapa syarikat filem dan media utama Amerika Syarikat jatuh secara mendadak. The Walt Disney Company dan Warner Bros. Discovery, Inc. mencatatkan penurunan harga saham masing-masing sebanyak 6.79% dan 12.53%.

Penganalisis mengaitkan penurunan tersebut dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap potensi kehilangan akses kepada pasaran filem kedua terbesar di dunia. Data menunjukkan bahawa sejumlah 63 filem AS ditayangkan di China pada tahun 2018 dan 52 filem pada tahun 2019, yang menjana sebanyak 19.9 bilion yuan ($2.72 bilion) secara keseluruhan. Jumlah tersebut merangkumi penguasaan pasaran lebih 80 peratus daripada semua pendapatan filem asing dalam tempoh ini. Ia merupakan salah satu tempoh kejayaan terbaik untuk filem AS di pasaran box office China.

Daripada bidang perfileman hinggalah kewangan dan teknologi, pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah gagal mengiktiraf lebihan perdagangan yang besar dalam sektor perkhidmatan dengan rakan dagangan negara itu apabila AS memutuskan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import dengan alasan untuk mengurangkan defisit perdagangan.

Amerika Syarikat merupakan sumber terbesar defisit perdagangan perkhidmatan bagi China. Menurut Jabatan Perdagangan AS, eksport perkhidmatan Amerika ke China meningkat daripada $5.63 bilion pada tahun 2001 kepada $46.71 bilion pada tahun 2023. Angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 7.3 kali, manakala lebihan perdagangan perkhidmatan tahunan melonjak 11.5 kali kepada $26.57 bilion, dan memuncak pada angka $39.7 bilion pada tahun 2019.

Ketegangan perdagangan yang berterusan antara AS dan rakan perdagangannya menimbulkan ancaman yang boleh mengganggu perdagangan perkhidmatan AS. Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen telah memberikan amaran bahawa Kesatuan Eropah telah bersiap bersedia untuk memperhebatkan perang perdagangan dengan menyasarkan perkhidmatan AS sekiranya rundingan tarif gagal. AS mempunyai lebihan perdagangan yang besar dengan Eropah dalam sektor ini.

Dalam wawancara dengan Financial Times, von der Leyen memilih syarikat gergasi teknologi A.S. yang berkemungkinan besar akan dikenakan tekanan, sekaligus menandakan kesediaan Brussels untuk mengenakan cukai pengiklanan digital yang akan memberikan kesan langsung kepada firma seperti Meta, Google dan Facebook.

Kerjasama filem yang terbaharu antara China dengan Sepanyol menunjukkan komitmen China terhadap keterbukaan yang berterusan dan kesediaan untuk berkongsi peluang pasaran dengan rakan kongsi global.

Perdana Menteri China Li Qiang dan perdana menteri Sepanyol yang menyaksikan pemeteraian MOU pada Jumaat bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi, perdagangan, pelaburan dan inovasi teknologi, serta berganding bahu dalam menyokong perdagangan bebas dan kerjasama terbuka serta mendukung prinsip multilateralisme.

https://news.cgtn.com/news/2025-04-12/China-s-silver-screen-pivot-Why-U-S-tariff-policy-is-to-blame-1Cw1kkpIbni/p.html


Hubungi: CGTN
                    E-mel: cgtn@cgtn.com

Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Media, Advertising & PR, Politics

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release